Target Organ Ad-Dunya-Toxicity

Monday, December 27, 2010

Ya.. Allah dengan berkat Nabi-Mu dan berkat guruku
Luruskanlah hatiku, agar agamaku lurus
Betulkanlah hatiku, agar ku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku, agar ku tak tergugat
Dengan ujian yang menimpa

Ya.. Allah, Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku, agar masmumahku
Tidak merosakkan agamaku
Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain

Wahai Tuhan yang membolak - balikkan hati kuatkanlah hatiku
Agar keyakinanku tak berobah
Supaya aku sentiasa tabah

Tuhan, Engkau resapkanlah hatiku
Sentiasa bersama-Mu
Supaya aku rasa, ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku

Aku merasa malu melanggar perintah
Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhan-Mu

Ya... Allah, Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku, agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat, dan tidak hasat dan tidak berdendam sesama manusia

Tuhan, limpahkan kedalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku
Supaya lahir batinku bersyariat
Agar lahir batinku menjadi taat
Tuhan aku harap Engkau kabulkanlah doaku ini

Artis: Mawaddah
Tajuk: Luruskan Hatiku Tuhan

Nama anak kita

Monday, December 20, 2010

Kali ni aku cuba nak bercerita tentang anak. Walaupun aku tak ada anak lagi sebab belum nikah tapi ada satu topic pasal anak yang orang bujang boleh bercerita... hahaha meh sini aku nak habaq. Ibu bapak zaman sekarang sangat kreatif. Kenapa aku cakap macam tuh? Sebab aku amat tertarik dengan trend nama anak-anak zaman sekarang.

Panjang dan sedap.

Dan biasanya nama anak-anak zaman sekarang ni suku kata dia mesti lebih dari satu perkataan. Contohnya; Syafiq Aiman Shah Bin Mat Saat (bukan nama sebenar). Azrul Danial Iskandar Bin Karim (bukan nama sebenar). Kalo ade lebih dari tu aku tak pernah jumpa le lagi.

Antara nama yang agak popular di zaman ini adalah seperti denial, aiman, damia, elisya, qiestyna, (ape lagi ha??). Hah, itu je yang dapat aku dapat pikir buat mase ni. Kalo ade sape-sape yang tahu lagi, bagi komen kat bawah tu ye. Korang kan ade ramai anak buah.

~iklan mula~

Tahniah kat kawan aku KAM yang baru dapat baby perempuan sulung semalam. Mabruk my fren! Semoga jadi bapak yang solehah.

~iklan tamat~

Memang banyak kelebihan nama anak yang panjang-panjang ni. Bila ada emergency (satu klas ada nama yang sama), diaorang boleh guna suku kata yang lain yang ade pada nama diaorang tuh. Contoh satu clas tu ada 3 orang danial, so sorang ni ambil nama dia yang lain yang berlainan dengan 2 orang tadi. Tapi make sure kena ‘lat talilat’ dulu sape boleh pakai nama tuh. Maka guru-guru tidak akan menghadapai masalah untuk check attendance.. Wakakaka...

Berikanlah nama anak dengan nama para nabi. Sebaik nama di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Yang bagus ialah Harith (حارث) dan Hammam (همام) manakala yang buruk ialah Harb dan Murrah

Sebahagian ulamak menyatakan bahawa sebaik-baik nama ialah nama yang dipuji seperti Ahmad, Muhammad, Mahmud dan Hamadah, serta nama yang disembah seperti Abdullah, Abdul Basit, Abdul Razak dan lain-lain.

Sunat juga dikun-yahkan nama anak sebagai gelaran kita, contohnya sekiranya nama anak ialah Hafiz, maka si bapa digalakkan memakai gelaran Abu Hafiz. Antara hikmahnya menurut Abdullah Nasih Ulwan ialah menghadirkan rasa hormat anak kepada si bapa serta beberapa kesan psikologi yang lain. Yang disunatkan ialah kepada anak yang sulung. Boleh juga si bapa menggelar dirinya dengan kun-yah nama lain, seperti Abu Bakar al-Siddiq yang tiada pun mempunyai nama anak bernama Bakr serta Abu Hafs bagi Umar al-Khattab yang tidak mempunyai anak bernama Hafs (sumber dari blog brother adibfana Melihat…Menafsir…)

Ini je yang mampu aku kongsikan yang hakikatnya korang pun dah tahu. Rasanya korang semua lagi banyak tahu dari aku. Diharapkan agar suatu masa nanti, akan ada diantara nama-nama agung berikut yang dapat menerajui kepimpinan negara Malaysia dan bakal menaikkan semula syiar Islam. InsyaAllah.

Read more...

Hujan dan aku

Sunday, December 19, 2010

Sesungguhnya setiap hari-hari yang aku lalui, amat bermakna buat diri sendiri. Ditambah pula diserikan dengan suasana yang paling aku sukai iaitu hujan. Wahh..aku sangat suka kan pada hujan. Mintak maaf ya kepada kumpulan indie band hujan. Ianya bukan anda, tetapi butiran molekul-molekul oksigen dan hidrogen dari celahan awan. Itu lah hujan sebenar yang mendapat perintah dari Allah untuk gugur ke bumi.

Ketenangan yang hadir pada ketika hujan turun tak dapat nak dihuraikan dengan kata-kata. Tuan empunya jiwa itu sendiri yang dapat menafsirkan mengikut gerakkan hatinya sendiri.

Aku sering tertanya-tanya pada diri sendiri. Kenapa aku terlampau suka pada hujan? Sampai sekarang aku masih belum menemui jawapan kepada persoalan tersebut. Adakah aku di lahirkan pada waktu hujan turun? Atau ada sesuatu yang istimewa tentang hujan yang berkait rapat dengan aku yang aku sendiri tak tahu? Wallahualam.

Seingat aku,aku pernah terjatuh yang sangat kuat ketika bermain bola 12 tahun yang lalu. Disebabkan insiden tersebut, aku tidak boleh lagi berlari dalam hujan. Sadis betul! Namun, perkara itu tak sedikit pun menggugat perasaan suka aku pada hujan.

Hujan itu suatu nikmat yang Allah kurniakan kepada seluruh umat manusia. Tiada satu pun yang terkecuali. Setiap apa yang Allah cipta dan kurniakan kepada manusia bukanlah sekadar 'suka-suka'. Tentu ada hikmah di sebalik kejadian alam tersebut. Satu yang pasti adalah, kerana kasih sayang dan rahmat Allah kepada hambanya. Dan manusia di galakkan untuk melihat dan berfikir terntang kebesaran Allah.

Aku berasa sangat seronok apabila menjumpai satu ayat yang berkaitan dengan hujan dan perasaan aku.

Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira.Ayat ke-48 Surah Ar Ruum

Nasi Goreng Satu!

Sunday, October 31, 2010

Perasan rasa macam biasa je. Tak pernah aku terdetik nak citer pasal ni kat orang. Ntah kenapa hari ni aku nak citer. Mungkin sebab dah terbiasa so aku anggap ianya normal. Sebenarnya ia bukan normal..bukan juga abnormal. Tapi extra-ordinary (luar biasa).

Setiap pagi (bila mak sihat)

"Mat, hang nak bawak bekal tak hari ni?" Mak tanya kat aku.

"Boleh gak." Aku jawab.

"Hang nak lauk apa?" Mak tambah lagi

"Amat tak kisah pun mak. Apa yang ada, bubuh ja" Aku membalas.

Bila dah siap nak pergi keje, mak letak bungkusan nasi goreng dekat atas meja. Mak bubuh nasi goreng dalam polystyrene kecik yang comel. Siap dengan plastik lagi.

So, macam biasa. Aku sampai je opis akan makan dulu. Kalau tak makan kat opis pun, aku bawak bekal tu pergi breakfast dengan kawan-kawan.

Si longlang kalau aku bawak bekal yang mak bagi, mesti dia nak mintak! Tapi aku bagi jugak. Sebab longlang memang suka nasi goreng yang aku bawak. Longlang slalu cakap nasi goreng ni sedap. Aku pun menghanggukkan kepala tanda meng-iakan je. Kalau tak pun, aku cakap

"Memanglaaa!!!" Hahahaha

Buat julung-julung kalinya aku nak cakap...

Read more...

Chasing a cloths

Saturday, October 30, 2010

Recently, aku rasa semenanjung dah mula mengalami climate changes. Ya, nak masuk hujung tahun iaitu Musim Tengkujuh. Maka boleh dikatakan each day is a rainy day. Kalau hujan tengah malam atau di kala waktu subuh..alangkah bestnya. Tapi bila hujan turun time tengah hari ni, kesian my mom.

Tadi, hujan suddenly je turun. Ditambah pula angin yang sangat kencang. Mom pun baru je sidai baju. Apa lagi, memang basah la semua baju. Siap ada yang melayang di bawa angin. Nasib baik sempat aku keluar chasing all the baju yang tengah melayang-layang. Hahaha

Disebabkan itu, aku secara tidak sengaja telah merealisasikan impian bulan ini iaitu 'playing under the rain'. Agak hepi juga. Hope tak akan jatuh sakit. Ada banyak hari lagi untuk aku main hujan. Mom, nanti saya belikan rumah yang mom tak perlu sidai di luar ok.

Bila kali terakhir korang kutip baju dengan mak?

How our next day after Ramadhan?

Thursday, September 9, 2010

Syawal menjelma lagi. Menandakan umat Islam seluruh dunia telah berjaya melepasi satu tempoh percubaan dan ujian zahir mahupun batin iaitu di bulan ramadhan. Syawal menggambarkan kemenangan umat Islam dari memerangi jihad paling besar..iaitu melawan hawa nafsu.

Ketika ramadhan, syaitan dibelenggu. Kes-kes jenayah dan maksiat sedikit berkurangan. Aktivis-aktivis maksiat telah mengurangkan gear pecutan mereka ke gear satu. Semuanya tampak ‘slow’ di kala bulan ramadhan.

Namun, ketahuilah teman-temanku, setelah tibanya syawal (berakhirnya ramadhan), kes jenayah akan bertambah semula, kes buang bayi akan bertambah lagi, ragut, rogol, bunuh akan terus berlaku. Mereka yang free hair akan terus meng’freehairkan diri mereka. Mereka yang kaki clubbing pun akan menggiatkan semula aktiviti tersebut. Mereka yang suka meneguk arak akan terus mengorder ayaq kencing setan laknatullah tu dan di kongsi dengan kawan-kawan jahanam. Wahh..dilihat dengan tibanya syawal, seolah-olah merupakan hari pelepasan atau ‘green light’ untuk golongan-golongan ini menjalani hidup jahiliah mereka semula.

Mereka sangka mereka betul…

Read more...

Salam Aidilfitri Semua


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Siapa hilangkan GATAL?

Hari ni seharian mengemas rumah dengan seluruh family. Seronok betul! Beli tikar kat bandar (berat..huh!) dengan akak and adik. Ops! tidak lupa juga si langsir yang cun melecun. Memang tak plan nak shopping time esok nak raya..memang sibuk le Pusat bandar jawabnya. Memang menguji kesabaran kami bertiga dalam menjalani ibadah puasa yang berbaki beberapa jam saja lagi untuk hari ni.

Sebenarnye bukan hal kemas mengemas ni yang aku nak cerita. Tapi ade cerita disebalik tu. Dan ceritanya bermula di sini..

Kejap tadi saje-saje mencuci bili air. Sental dinding bagi nampak berkilat sket. Namun aku terlupa yang kulit ni sangat sensitif. Alergi dengan fungi dalam bilik air kot. Takpun alergi dengan sabun cuci tuh. Bukan apa, setiap kali cuci bilik air, tangan akan gatal-gatal. Memang sangat tidak selesa langsung kerana sentiasa perlu menggaru jari-jari sampai merah. Yang bestnya, aku menggaru sampai melecet jari. hahaha

Keluar je dari bilik air, dah macam-macam cara aku guna supaya nak bagi hilang rasa gatal ni. Aku dah try cuci dengan sabun dettol, sapu dengan minyak gamat, cuci dengan sabun mandi, cuci dengan banyak air..punnnn tak hilang-hilang jugak.

Namun...ntah tiba-tiba

Read more...

Siapakah Uwais al-Qarni?

Wednesday, September 8, 2010

Nabi berpesan kepada Umar dan Ali:

“Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu.”

Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai “ al-Mubasyirun bil Jannah ” iaitu mereka sudah dijamin masuk syurga.

Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali : “Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”

Umar dan Ali bertanya kepada Nabi s.a.w. soalan yang sama iaitu :
“Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah?“

Nabi menjawab:

“Kamu minta kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian.”

Memang benarlah firasat seorang Nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Mereka memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari arah Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu mereka dengan Uwais al-Qarni. Dengan pandangan mata kasar, tidak mungkin dia orang yang Nabi s.a.w. maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersama dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang kurang berakal.

Siapakah Uwais Al-Qarni?

Read more...

HARAM lelaki untuk menikah gadis satu kampung

AWAS!!!!!!!!!

JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan perbincangan dan diskusi diantara para pemimpin, JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 February tahun 2006:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SATU KAMPUNG"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru.

Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian.

isi wawancara tersebut:

Read more...

Terlajak basikal boleh gostan?

Tuesday, August 24, 2010

"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata padah jawabnya"

Seorang teman mencadangkan agar aku mengupas maksud disebalik simpulan bahasa di atas..Ehh betul ke simpulan bahasa? ke peribahasa? Huh..Maaflah, bahasa malaysia aku memang agak kurang sedikit. Sesiapa yang tahu, harap-harap dapat tinggalkan feedback ye. Lepas ni bila orang tanya, aku boleh jawab. Huhuhu Bagi ayat di atas, aku akan cuba menjawab sebagaimana cara Kelbros.

Terlajak perahu boleh di undur..

Ini menunjukkan masyarakat melayu yang mula-mula menggunakan ayat tersebut pada ketika itu berkemungkinan duduk berhampiran muara atau sungai-sungai. Sebab zaman dulu-dulu, dah perahu je dilihat selalu..ulang alik sana sini..jika ada basikal, mesti mereka dah gunakan "terlajak basikal boleh diundur.." namun mereka memilih perahu kerana ketika itu, perahu merupakan pengangkutan utama. Menggunakan objek yang familiar dengan masyarakat sekeliling sememangnya memudahkan mereka dengan gambaran sebenar maksud yang cuba disampaikan.

Ahh..dah mengarut di situ pulak!

Ayat tu actually tak ada kaitan langsung pun dengan perahu, basikal, kereta lembu dan segala macam kenderaan di dunia. Ia cumalah simbolik awalan yang digunakan oleh atok nenek kita dulu-dulu dalam memperkayakan ciri-ciri suatu budaya (bangsa melayu).

Memang betul apa yang orang tua-tua cakap. Lidah lebih tajam dari pedang. Kita boleh iktiraf lidah ni adalah senjata paling tajam kat dunia. Kalah pedang samurai atau parang potong daging kat pasar malam. Sebab lidah dapat melukakan seseorang tanpa menyentuhnya. Dan terkadang, lidah akan melukakan tuan punya lidah jika salah langkah.

Seorang penyair Arab berkata:

Read more...

Hijrah itu Harus (bagi aku)

Sunday, July 18, 2010

Sudah sekian lama aku tak menulis. Nak kata sibuk tak lah juga..Sibuk sikit men-download cerita je. Kini aku sudahpun tidak bekerja di UiTM lagi. Walaupun jasad sudah tiada di sana namun jiwa tetap di meja itu hohoho..Maka, lokasi seterusnya akan mencipta sejarah baru buat aku. Jeng jeng jeng

Bila orang tanya apa perasaan nak masuk tempat keje baru ni, aku pun tak tau nak cakap apa. Rasa macam biasa je. Ntah, aku rindu pulak nak buat aedes survey dengan kawan-kawan dekat UiTM. Lama tak tengok jentik-jentik berjoget.

Walaupun memang tak ada pengalaman langsung dalam dunia ajar mengajar ni, akan aku jadikan ia satu pengalaman baru. Aku tahu bukan kerja mudah jadi 'cikgu' ni. Tugas nak menyampaikan maklumat kepada anak murid dengan cara yang kreatif masih lagi dalam proses 'penggerudian'. Harap-harap diaorang dapat terima aku, InsyaAllah.

Kalaulah benda-benda di opis lama boleh bercakap, nak je aku ucapkan terima kasih dekat kerusi, meja, pc kesayangan aku tuh, pen2, vest, cermin, sinki belakang aku, ikan laga domplam, laci2, tangga, banyak lagi lah.

Read more...

Aku dan IK a.k.a PPKP

Friday, July 2, 2010

Fuhh. Dah sekian lama aku tak menulis entri baru di blog usang nih. Sekarang pun sibuk nak setelkan kerja-kerja yang belum habis. Banyak perkara dah berlaku sepanjang bulan Jun dan Julai tahun ni.

Sekarang ni, punya le teruk sebab otak tak dapat nak menjana ayat-ayat sebab sangat mengantok. Namun ku gagahkan jua. hehehe Hanya tinggal beberapa hari je lagi untuk aku meninggalkan tempat kerja aku skang. Ya, aku akan berpindah tempat kerja. Ohh..bukan-bukan. Aku sedang berhijrah.

Perasaan? Berat juga mahu pergi. Seronok dengan teman-teman sekarang. Mungkin ini kali pertama aku bekerja, namun pengalaman pertama ni lah yang aku rasa enjoy dalam bekerja. Sebab ada geng yang best-best. Tiap-tiap hari hepi. Kerja yang stress pun jadi seronok. Stress ke? hahaha

Aku pergi bukan sebab tak suka, tapi sudah tiba masanya untuk aku melangkah ke satu peringkat yang lebih tinggi. Demi masa depan aku. Kepada teman-teman, aku pergi bukan jauh pun. Masih berjiran je kita ni. Akan still lepak dengan anda semua. Wahh, macam sedikit sedih bunyinya!

Read more...

Turun Bala

Wednesday, June 23, 2010

Artikel ni aku ambik dari Blog PSSIPUO (Persatuan Siswa Siswi Islam Politeknik Ungku Omar). Hadith yang menerangkan sabdaan Nabi kita Muhammad SAW berkenaan BALA Allah kepada manusia sekiranya maksiat-maksiat berleluasa. Maksud hadith ni memang sangat mendalam bagi mereka yang mahu ambil peduli dengan situasi Umat Islam sekarang. Bukan saja di Malaysia, juga di seluruh dunia. Cuba baca dengan teliti, lihat satu persatu. Berapa banyak perkara maksiat tersebut yang dah berlaku di negara kita?

Daripada Ali bin Abi Talib r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Apabila umatku telah melakukan lima belas perkara, maka bala PASTI akan turun kepada mereka iaitu:

1.Apabila (Maghnam) harta rakyat atau negara hanya beredar di kalangan pembesar atau pemimpin tertentu.

2. Apabila (aset) amanah dijadikan sebagai habuan diri (ghanimah).

3. Zakat dianggap sebagai beban hutang (diperniagakan).

4. (Kehendak) suami dikuasai oleh kehendak isteri (Queen Control).

5. Anak menderhakai ibunya.

6. Tapi ia berbaik-baik (patuh) dengan (kehendak) kawannya.

Read more...

Cincin ohh cincin...

Tuesday, June 22, 2010

Nampak mudah tapi agak sukar. Itu lah perkara yang aku hadapi dalam nak memilih cincin untuk proses merisik dan bertunang. Al maklumlah, kaum lelaki jarang ke kedai emas. Kalau ter lalu depan kedai emas pun tak terniat nak pandang. Inikan pulak nak masuk. Bila dah saat-saat macam ni baru la terhegeh-hegeh nak mencari. Di tambah pula adik beradik perempuan pun tak pakai sangat barang kemas. Maka terdapat limitasi bagi aku dalam kontek pemilihan tersebut.

Setelah membuat beberapa study di internet, rupanya terdapat banyak standard bagi saiz cincin. Cuba mencari saiz standard asia tapi seperti macam tak begitu yakin. Hati tertanya-tanya..

"Takde ke standard saiz untuk wanita-wanita Malaysia ye?"

Si dia ada memberi saiz diameter dan ukur lilit. Bila aku bandingkan dengan standard yang ada di internet, maka keputusan nya bermacam-macam. So aku jadi keliru buat kali yang ke-2. Hebat betul bila cuba nak masuk dunia satu lagi nih.

Maka aku buat keputusan pergi berjumpa dengan dia untuk pinjam cincin yang dia pakai. Risau jugak kalau bergantung dengan bacaan ukur lilit dan diameter tuh berikutan standard yang pelbagai. Bila dah dapat cincin yang memang ada di jari dia, memang tak ada keraguan lagi untuk aku nak memilih cincin. hehe

Read more...

Kekuatan Umat Islam hanya...

Saturday, June 19, 2010

Hanyalah doa..Doa ni aku tujukan pada semua umat Islam. Mari kita doa sama-sama demi umat Islam di Palestin dan seluruh dunia.

Ya Allah,

Bantulah saudara-saudara kami para mujahidin mujahidah di seluruh dunia. Berikan kekuatan pada tubuh badan mereka untuk bangun memerangi musuh Islam. Berilah mereka penglihatan dan kebolehan yang paling terbaik ketika memerangi musuh. Semoga mereka dapat menembak tepat di kepala musuh-musuh Islam.

Ya Allah,

Satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka tidak kira orang tua, remaja, pemuda-pemudi, kanak-kanak selagi ada dan Jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu.

Ya Allah,

Binasakanlah musuh-musuh Islam tidak kira berada di mana-mana. Binasakanlah Amerika Laknatullah dan Israel Laknatullah. Binasakanlah sekutu-sekutu mereka, goncangkanlah dan hancurkan mereka.

Ya Allah,

Cerai beraikan barisan mereka dan lumpuhkan pemikiran pemimpin mereka. Lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka, bunuhlah mereka dan jangan tinggalkan seorang pun dari mereka.

Ameen..Ya Rabbal alamin

Pemandu Kereta dan Pekerja Tol

Thursday, June 17, 2010

Bukan cuba membuat andaian bermacam-macam. Tapi aku cuma mahu tahu. Kenapa ada sesetengah pemandu kereta tidak menurunkan tingkap ketika hendak menghulurkan tangan membayar tol? Kalau nak di ikutkan nisbah yang aku perhatikan, dalam 10 pemandu, ada 4-5 orang yang berbuat begitu.

Memang dah tabiat semula jadi aku dengan keinginan yang terlalu menyibuk nak tahu hal orang, otak aku tertanya-tanya. Kenapa, kenapa dan kenapa? Andaian pertama aku tak lain tak bukan adalah mungkin kereta mereka mengalami kerosakan pada suis "automatic window".

Lagi satu, mungkin mereka malas nak tekan suis (bagi yang auto) dan malas nak putar (bagi yang manual). Tapi kalau fikir secara logik, tak kan lah malas nak tekan kot kalau dah auto. Kalau yang kena pusing tu boleh tahan kira jugak.

Bila tak turunkan tingkap, mereka perlu membuka sedikit pintu sebelah pemandu lalu menghulurkan tangan dengan cara yang nampak agak bersusah-payahnya. Dari sudut kesihatan, memang agak tidak ergonomik. Di tambah pulak kedudukan pemandu yang rendah dari kedudukan pekerja tol itu. Tabiat ni memang tak sihat untuk otot sebelah tangan kanan.

Read more...

Kisah aku dan dia

Sunday, June 13, 2010

Selama 5 tahun lebih aku mengenali si dia, kami...

Tidak berjumpa
Tidak keluar bersama

Bila orang bertanya. Itulah saja yang boleh aku ungkapkan. Nak buat macam mana. Dah memang begitu. Tapi Siapa si dia tuh?

Bermula lah kisah hidup aku. Jeng jeng jeng..Ianya berlaku di suatu tempat di Petaling Jaya Selangor. Jika dikecilkan skopnya..Di tepi longkang sebelah librari fakulti. Ya benar.

Disitulah titik pertemuan aku dengan si dia. Mungkin bunyinya memang sedikit awkward tetapi itulah realitinya. Bukan dia di tepi longkang tu. Yang duduk di tepi longkang tu adalah aku. Si dia hanya melalui tempat tu yang datang dari librari. Dulu aku yang berperangai sedikit (banyak sebenarnya) gila-gila memang kurang bijak dalam memilih tempat untuk "melepak" setelah abis class.

Siapa tahu kan? Dengan izin Allah, di situ adalah kali pertamanya dalam hidup aku bertemu si dia. Wahh!! Alhamdulillah. Melihat perwatakannya yang pendiam dan sangat humble membuatkan aku tertarik. Orang nya kecil molek dan berjalan boleh tahan laju. Ntah kenapa dia biasa berjalan laju. Mungkinkah dia seorang sprinter suatu masa dahulu? Then, bermulalah episod carekarama macam di tv Malaysia.

Selama hampir masuk 5 tahun aku mengenali si dia, aku tak pernah berjumpa secara terus dengan dia. Masa di universiti dulu pun, just lalu lalang macam tu je. Time tu pun dia tak tahu aku admire kat dia. So time tu aku bertepuk sebelah telinga lah. haha

Read more...

Siapa yang korang kenal?

Thursday, June 10, 2010

Hamba Allah A: Wei, ko kenal tak Fahrin Ahmad?

Hamba Allah B: Mana tak kenal. Yang hensem-hensem tu kan? Yang badan tegap-tegap, pastu ade janggut ciput. Apesal?

Hamba Allah A: Aku suka la tengok dia. Dah la tinggi, badan tegap, janggut kemas..senyuman boleh buat orang cair..hensem pulak tuu..Sedap mata memandang..

Hamba Allah B: Ala..ko suka dia pun, bukan dia kenal ko. Confirm dia tak kawin dengan ko punya! Hahaha lain la, kalo ko suka dia, dia tolong ko kemas rumah ke, dia tolong bayarkan PTPTN ke..

Hamba Allah A: Ala ko ni, aku admire dia apa salahnye poonn..Jeles la tuh!

Hamba Allah B: Ape la yang aku nak jeleskan. Aku lagi hensem dari dia. Hahaha Ehh, Aku nak tanya ko satu soalan.

Hamba Allah A: Haa? Apa dia?

Hamba Allah B: Aku tanya ko sebab ko kan pakar dalam bab-bab nih.Hehehe Ko tau tak ciri-ciri fizikal Nabi kita? Nabi Muhammad SAW? Setakat artis pun ko tahu, nabi kita a.k.a manusia terulung di dunia mesti ko lagi tahu kan?

Hamba Allah A: Ops..aku tak tau. lupa nak baca..

Kat atas tu dialog antara dua sahabat yang aku cipta sendiri. Bukan ape, nak dijadikan intro takde idea. Maka itulah idea yang terpacul keluar dari kepala hotak aku. Aku pun tak nak cerita panjang lebar, just nak sampaikan apa yang nak aku sampaikan (apa punya ayat la ni..) Panjang-panjang nanti orang boring pulak.

  • Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
  • Aku melihat cahaya dari lidahnya..
  • Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
  • Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
  • Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
  • Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
  • Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
  • Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona..
  • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
  • Wajahnya seperti bulan purnama.
  • Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
  • Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
  • Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
  • Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
  • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
  • Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
  • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
  • Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
  • Janggutnya penuh dan tebal menawan.Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
  • Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
  • Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
  • Rambutnya sedikit ikal.
  • Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
  • Rambutnya terbelah di tengah.
  • Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
  • Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa. Seimbang antara kedua bahunya.
  • Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
  • Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
  • Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
  • Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
  • Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak. Warna kulit baginda putih kemerah-merahan. Warna kulitnya putih tapi sihat. Kulitnya putih lagi bercahaya.
  • Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
  • Badannya tidak gemuk.
  • Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi ber ukuran sederhana lagi kacak.
  • Perutnya tidak buncit.
  • Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
Artikel ini pernah aku baca tapi tak ingat kat mana sumbernya. Ini pun dipetik dari blog keagungan mukjizat al-quran milik Bro Zaidi. Semoga pembaca boleh mendapat gambaran bertapa agungnya ciptaan Allah bernama Muhammad ini. Wallahualam.

Read more...

World Cup punya pasal..Alahai

Wednesday, June 9, 2010

Dengar tadi dalam radio. DJ berkata, persiapan sedang giat dilaksanakan oleh penduduk dunia dalam menghadapi Demam Piala Dunia. Sukan besar yang berlaku 4 tahun sekali ni memang ditunggu-tunggu oleh semua orang. Lokasinya pada tahun 2010 ini adalah di Afrika Selatan.

Bagi yang fanatik dengan bola, setakat tak tido malam nak tengok bola memang takde masalah. Bola punya pasal. Walau team yang disokong kalah, semangat kesukanan tu sentiasa ada di hati mereka. Sanggup bersengkang mata asal hati puas hati. Tak mengapalah, itu pilihan mereka.

Sangat sedih apabila seluruh media massa di dunia mengiklankan betapa hebatnya world cup ini, Malaysia juga tak terkecuali. Sana sini dalam tv, dalam radio, dalam surat khabar dan media-media lain cerita pasal world cup. Sampaikan budak kecik pun tahu pasal world cup. Tapi kalau bab Maulidur rasul ke..Maal Hijrah..melopong tak tahu sebab kurangnya di siarkan.

Sebelum start pun world cup ni, Malaysia dikecohkan dengan isu kerajaan yang nak bagi lesen judi untuk pertaruhan dalam sukan antarabangsa tu. Kerajaan kata sebab nak banteras judi haram. Ntah apa punya minda peminpin Malaysia sekarang.

Berkenaan world cup, Islam tidak menghalang segala bentuk hiburan asalkan ianya tidak bertentangan dengan syarak dan tidak melalaikan tanggungjawab seseorang tuh. Asal tahu cara nak menyesuaikan diri, maka tiada masalah.

Tapi, kecenderungan untuk manusia lalai sangat tinggi khususnya pada mereka yang menonton di luar (gerai @ restoren). Antara contoh-contoh yang boleh kita ramalkan adalah seperti;

Read more...

Islam Pasti Menang

Tuesday, June 1, 2010

Semoga Allah hancurkan Tentera Israel.

Kisah serangan tentera Israel laknatullah terhadap kapal Mavi Marmara yang dinaiki oleh konvoi Freedom Flotilla dengan tujuan bawak bantuan kemanusiaan ke Gaza kian hangat diperkatakan. Siapa tak marah bila dengar hal ni. Seluruh masyarakat dunia mengecam tindakan Israel laknatullah. Tapi kalau ada yang sokong tu, tak lain tak bukan adalah sepupu sepapat, sanak saudara, teman karib dan "boneka" Israel Laknatullah.

Serang bantuan kemanusiaan? Alah..tu perkara biasa bagi tentera Israel Laknatullah ni. Penduduk Palestin habis mereka bom, korek mata, belah perut, tembak baby, rogol wanita..sembelih..apa lagi yang mereka tak buat pada Umat Islam di Palestin? Semua jenis kekejaman fizikal mereka dah laksanakan di bawah pimpinan dua manusia ini Benjamin Netanyahu Laknatullah dan Ehud Barak Laknatullah. Tak lupa juga pada Ariel Sharon Laknatullah.

Pada pendapat aku, ada dua kemungkinan di sini mengapa tentera Israel Laknatullah berbuat demikian.

Pertama, tentera Israel sebenarnya amat takut dengan Umat Islam di Palestin. Sangat-sangat takut. Cuba kita fikirkan, konvoi tersebut hanya datang dengan MISI KEMANUSIAAN. Dengan hanya membawa kemudahan-kemudahan seperti makanan, ubat-ubatan, pakaian dan keperluan harian yang lain. Lainlah jika konvoi tu bawa bantuan senjata api, bom dan sebagainya.

Israel Laknatullah mungkin takut apabila Umat Islam Palestin sihat tubuh badan. Sihat fizikal dan mental. Dengan bantuan yang datang, akan memberi kelebihan kepada Umat Islam Palestin. Oleh kerana itu, mereka (Tentera Israel Laknatullah) akan cuba untuk menyekat segala apa bantuan yang datang walaupun bantuan makanan. Sebab tentera Israel Laknatullah ni tahu, Umat Islam di Palestin akan berjuang sehabis-habisan untuk menentang mereka. Ketika sakit pun mereka berani, inikan pula ketika sihat tubuh badan. Tentu berkali ganda hebatnya serangan Umat Islam Palestin.

Kedua,

Read more...

Israel Laknatullah pasti akan kalah

Kekejaman tentera Israel laknatullah memang dah melampau. Misi Bantuan Konvoi ke GAZA pun kena serang. Amat menyedihkan kerana negara-negara Islam yang bejiran hanya mampu menonton. Tak perlu lah pihak-pihak lain mengharapkan bantuan PBB. Sebab PBB tu lebih kurang sama je. Takde apa-apa fungsi pun.

Apalah nasib konvoi tuh. Tambah pulak terdapat beberapa wakil dari Malaysia yang join skali. Diharapkan agar masih ada yang selamat. Buat masa ni, dah di anggarkan beberapa puluh orang terkorban. Takziah diucapkan kepada mujahidin2 yang layu dipusara demi membantu suadara seIslam. Semoga Allah sentiasa melindungi mereka.

Ya Allah,

Jadikah Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu hilang akal
Lumpuhkan akal fikiran Ehud Barak dan pembantu-pembantunya
Isikan perasaan takut dalam hati tentera-tentera Israel
Jahanamkan lah tentera Israel
Jahanamkan lah suku sakat yang menyokongnya
Musnahkan lah Israel laknatullah..
Musnahkan lah Israel laknatullah..
Musnahkan lah Israel laknatullah..

Ameen..

Rain without Umbrella

Tuesday, May 25, 2010

Sudah sekian lama tak meng-update blog ni. Idea membuak-buak tapi tak dan2 nak siapkan. Maka entri kali ni aku nak share dengan semua orang, bila masa dan ketika idea aku datang membuak-buak di minda. Hal ni baru jugak aku sedari. Aku baru perasan yang otak aku sangat ligat berputar tatkala hujan turun. Quite pelik tapi mmg tu lah hakikatnya.

Ada satu masa tu, Shah Alam dilanda hujan pagi dan petang. So macam biasalah..bila dengar hujan turun je aku ucap alhamdulillah. Kenapa aku sebut? Ntah. Aku pun tak tahu. Tapi aku suka hujan turun.

Jarak opis dengan area parking kereta tak lah jauh sangat. Tapi kalo ikut kan kelebatan hujan pada petang tuh, memang lencun la dibuatnya. Nak tak nak, ku redah jua! Maka duduk la aku di dalam kereta sementara nak bagi engin kereta panas.

Sambil dok panas engin kete, layan lagu instrumental. Then sedap-sedap dok layan lagu, mata aku tertarik dengan kelibat seseorang..dan seseorang itu adalah wanita..suspen-suspen..

Read more...

Bawa Hatimu

Thursday, May 20, 2010

Pada suatu masa, seorang lelaki mendatangi sahabat Abdullah bin Masud dan berkata, " wahai Ibn Masud, nasihatkanlah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahan ku. Buat masa ini, jiwa ku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nenyak dan seleraku hilang"...

Abdullah Bin Masud menjawab, "Bawalah hatimu menggunjungi tiga tempat...

Pertama: ke tempat orang yang membaca Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar pembacaan orang lain.

Kedua: kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada tuhan dan,

ketiga: kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Tuhan serta memohon kepadanya, agar diberikan ketenangan dan kedamian hati kepada mu.

Jika selepas melakukan kesemua ini jiwa mu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada tuhan supaya digantikan hatimu dengan hati yang lain, kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu"...

Maka lelaki itu pun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca Quran, didapati jiwanya berubah menjadi tenang...fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.

Aku pun harap macam tuh

Hari ni ntah macam mana aku telah terbuang tebiat dengan menjalankan aktiviti Blog walking. Jarang aku buat BW (blog walking) sebanyak dan sejauh hari ni. Ianya bermula apabila nak baca entri seorang ukhti ni one_little_note

Dari blog dia, aku mula menyelongkar follower dia yang lain..then follower dia punya follower..dan continue lah sampai beberapa peringkat downline. Bayangkan lah Mozilla yang aku bukak, penuh tab di atas tu dengan blog orang. Then aku punya aktiviti BW terhenti seketika bila aku terjumpa satu blog nih..Mencari Redha Allah

Cara aku tengok blog orang adalah dengan melihat cara penulisan blogger tu dulu. Kalau menarik dan senang nak keep on reading, aku baca sampai abis. Kalau skema semacam je (mcm blog aku ni) aku baca sket terus tutup page tuh!

Blog hamba Allah ni penuh dengan Ilmu-ilmu Islam serta nasihat2 agama yang membina. Tak di sangka hamba Allah ni lebih muda dari aku..lahir tahun 1987. Tapi blog tu menampakkan kematangan tuan punya blog. Belek punya belek, tengok gambar-gambar yang tuan punya blog postkan..aku dengan selambanya meninggalkan sedikit pesanan di

"Ruangan Dakwah" (Cbox)
"Kelbros: Salam alaik, bagus blog ni..leh kenal ulama"
Tetapi..aku tersentap seketika...

Read more...

Kelisa VS Honda City

Thursday, May 6, 2010

Anak muda zaman sekarang memang pelik-pelik. Bawak kereta macam kilat. Kalau "padle" minyak tu boleh tekan sampai cecah lantai jalan raya pun rasanya mereka akan buat. Kisah ni pun aku alami semalam. Rasanya baik untuk aku kongsikan dengan teman-teman yang lain. Walau kelihatan lucu, namun ada pengertiannya bagi mereka yang berfikir.

Macam biase lah, drive balik ke rumah dengan GUGU aku. Aku kan pemandu berhemah yang sombong maka aku amat tak pedulikan apa-apa yang berada di sekililing. Namun semalam, aku sangat teruja melihat perlumbaan di antara perodua kelisa dengan honda city di lebuhraya gutherie. Memang sangat laju!

Aku yang pada mulanya memandu di line kanan sebab takde orang kat belakang. hehehe Tiba-tiba dari jauh nampak ada 2 buah kereta yang tengah laju berlumba. Kecut perut aku tengok so bagi signal kiri nak masuk lorong tengah. Aku biarkan je and teringin nak tengok sape si pemandu tu. Bukan apa, sangat laju.

Si pemandu honda city tu rapat betul dengan kereta kelisa. Kalau silap sikit memang eksiden. Sambil nak tengok siapa driver kurang akal tu, aku pun drive laju sedikit dari biasa (nak tengok punya pasal). Apa yang aku nampak memang sangat mengejutkan. Respon pertama aku adalah ketawa..dan ketawa..hahaha..sangat kelakar!

Read more...

Korang percaya ke?

Tuesday, April 27, 2010

Korang percaya tak yang Allah tu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang? Percaya tak?

Percaya? Alhamdulillah bagus!!

Banyak bukti yang ada di sekeliling kita. Kadang-kadang sampai kita tak sedar pun wujudnya kasih dan sayang Allah pada seluruh hambaNya. Betul memang ada. Sifat MAHA pemurah dan MAHA penyayang tidak boleh dinafi dan dipertikai. Tidak ada satu makhluk pun yang boleh menandingi kebesaran dan kesempurnaan Allah. Langsung tiada.

Namun biaselah sikap manusia, selalu lalai dan alpa..Astaghfirullah.. Ada pernah kita terfikir tak bila tangan pegang makanan suap ke mulut..mulut mengunyah lalu masuk ke dalam perut untuk dicernakan? Tahu segala itu atas izin Allah? Tahu kan? Walau tahu, tapi kenapa masih ramai yang tak baca Bismillah sebelum makan? Atas kasih sayang Allah, kita yang sudah makan ni bersandar kekenyangan dan bersendawa 3 4 kali. Nak sebut Alhamdulillah? Ahh..lupakan saja!

Cuba bayangkan Allah tarik balik nikmat yang DIA beri pada kita? Sebagai contoh, Allah tahan nikmat buang air besar 2 tahun..bunyi memang agak lucu tapi apa jadi agaknya? Nauzubillah..tapi bila nikmat Allah beri, kenapa masih ada manusia yang tak beristinjak atau bersuci dengan sempurna? Masuk keluar tandas macam orang keling..orang cina..kita umat Islam ada adab dan cara. Semuanya Nabi dah ajar. Tapi biasalah, manusia kan keras kepala. Mana nak dengar nasihat orang.

Read more...

Siapa punya?

Tadi aku ziarah kawan lama punya blog "Muslimah Hari Esok". Dia cte pasal hati. Macam mana nak didik hati..nice lah penulisan dia sampaikan aku yang baru pertama kali baca hasil tulisan dia dah berjaya meransang diri nak buat entri. Terdetik hati plak share benda yang sama.

Kisah kat bawah ni pun aku amik dari satu wabpage (sumbernya aku ade state kat bawah). Sebelum ni penah terbaca kalau tak silap dalam Kitab Fadhilat Amal karya maulana zakariyya rahmatullahi alaih, ulama' dari India. Kalau silap memang atas kejahilan aku sendiri. Tapi memang pernah baca hadith ni.

***Hadith mula***

Pada suatu masa, seorang lelaki mendatangi sahabat Abdullah bin Masud dan berkata, "wahai Ibn Masud, nasihatkanlah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahan ku". Buat masa ini, jiwa ku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang"...

Abdullah Bin Masud menjawab, "Bawalah hatimu menggunjungi tiga tempat...

Pertama: ke tempat orang yang membaca Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar pembacaan orang lain.

Kedua: kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada tuhan dan,

ketiga: kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Tuhan serta memohon kepadanya, agar diberikan ketenangan dan kedamian hati kepada mu.

Jika selepas melakukan kesemua ini jiwa mu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada tuhan supaya digantikan hatimu dengan hati yang lain, kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu"...

maka lelaki itu pun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca Quran, didapati jiwanya berubah menjadi tenang...fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.

***Hadith tamat***

semoga kita mendapat iktibar dari cerita ini...

wasalam...

(Sumber: www.sabahan.net~WhiteDaisy)

Itu Aku

Saturday, April 24, 2010

Aku manusia kecil
Yang tak punya apa-apa
Jika dicampak di tengah-tengah orang ramai
Aku seperti invisibleman
Dan kadang-kadang macam batu-bata
Namun aku tak kisah
Macam iklan aiman tak kisah tuh

Aku mungkin nampak sewel
Aku mungkin nampak gila-gila
Namun ia tidak bermakna aku hanya berdiamkan diri
Apabila agamaku dipermainkan
Ia tidak bermakna aku hanya duduk melihat
Apabila umat islam diperbodohkan

Aku akan terus bersuara
dalam menyampaikan kebenaran
Walaupun ianya pahit
Perjuangan harus diteruskan
Sebagai bukti cintaku pada agamaku

Aku punyai akal
Yang dikurniakan oleh Tuhanku
Agar digunakan sebaik mungkin
Semoga sentiasa dapat berfikir
Mana baik mana buruk

Kadangkala atas kejahilanku
Aku tersasar
Namun aku sentiasa mencari jalanNya
Supaya tidak terus tersesat
Semoga apa yang aku perjuangkan ini
Diredhai oleh-Nya

Pelangi punya kisah

Wednesday, April 21, 2010

Masa kecik-kecik dulu aku penah dengar orang cakap-cakap. Tak kire lah orang tua ke orang muda, kanak2 sebaya aku (ketika itu) dan seangkatan dengannya. Diaorang kate, kalau nampak pelangi, TAK BOLEH tunjuk pakai jari telunjuk.

Nanti jari kudung..
Oooo kudung..huh?

KUDUNG???


YA... KUDUNG

Beselah, budak zaman dulu2..innocent..apa orang cakap memang percaya sokmo! Tambah2 yang cakap tu orang tua. hahaha Bila lepas je hujan turun, ada pelangi..berusaha tak guna jari telunjuk. Kalau terguna pun, kawan2 akan cakap

"abis la kau! jari ko kudung!!"

So, cepat2 tukar jari telunjuk kepada ibu jari sbb takut punya pasal!!

Sampai sekarang pun tak tahu apa kebenaran rumours tu. Ntah ya ntah tidak. Tapi kalau ikut logik akal, memang tak masuk akal. Tapi macam mana orang dulu2 leh cakap macam tu ya? Kalau dilihat dari segi ethic..tak nampak ape2 pun. Kalau ada pun, memang kelemahan dan kejahilan aku sendiri.

Read more...

To you..

Monday, April 19, 2010

Free~Sami Yusuf

What goes through your mind?
As you sit there looking at me
Well I can tell from your looks
That you think I’m so oppressed
But I don’t need for you to liberate me

My head is not bare
And you can’t see my covered hair
So you sit there and you stare
And you judge me with your glare
You’re sure I’m in despair
But are you not aware
Under this scarf that I wear
I have feelings, and I do care

CHORUS:
So don’t you see?
That I’m truly free
This piece of scarf on me
I wear so proudly
To preserve my dignity...

Read more...

Entri ni untuk Kelbros

Friday, April 9, 2010

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran

Dah nyanyi lagu tuh? Ok, sekarang time kena basuh! Ko jangan nak dok kata everything mst be punctual..dengar lirik lagu tuh..demi masa, sesungguhnya manusia kerugian..konon nya apa2 kerja pun mesti nk setelkan on-time. Sharp! Jangan nak kata masa itu emas or sebagai pekerja yang "konon bagus" perlu ada kreadibiliti..

Bab keje ko nak punctual (tak punctual sgt pun), puch card, hantar report, survey tempat, study, makan, balik kerja..semuanya nak on-time tapi...

Read more...

Khas untuk kaum Lelaki sahaja

Untuk sekalian kalinya, aku tujukan khas entri ini kepada kaum lelaki. Maka bagi mereka yang merasakan dirinya bukan lelaki, sila abaikan. Dan bagi mereka yang betul2 lelaki tapi tak nak ambil tahu, pergi jahanam!

Tulah, masa kecik2 mak bapak suruh belajar, degil..keras kepala. Rasa diri sendiri dah pandai. Bila dah besar, perangai zaman budak2 di bawak2 sampai ke tua. Dah macam budak terencat akal.

Orang sibuk g solat Jumaat, ko pun terhegeh2 kelam kabut..dengan pkai baju t-shirt pendek yang bila sujud nampak celah punggong, kuku pulak hitam, pkai pulak fesyen gelang ntah pekejadah, suar jeans koyak rabak..rambut terpacak2..ape yang ko fikir? Hebat ek? ke dah macam kurt cobain solat jumaat? kalau nak berfesyen, guna kepala hotak sebelum buat. ko nak jumpa Tuhan pakai macam nak g gig. Ape punya terencat la ko nih.

Ni satu lagi makhluk yang jenis tak paham bahase. Imam tengah kutbah, ko dok sedap menyembang. Bila orang jeling2 tu paham2 la..ni lagi di jeling, lagi naik sheikh..sembang bum bang bum bang..aku rasa kutbah ko lagi bagus kot dari kutbah imam.Len kali g naik atas mimbar..boleh semua orang dengar.

Read more...

11 jenis manusia yang didoa Malaikat

Tuesday, March 30, 2010

Tengah dok belek2 nota kat papan kenyataan, tup2 ternampak satu artikel yang aku rasa sangat menarik! so aku nk share dengan sape2 yang ada tersinggah kat blog hampeh aku ni. Aku assume, masih ada 0.4 juta manusia berugama Islam kat dunia yang kurang tau bende macam ni. Kalau dh tau, aku pedulik hape! Aku nak bagi tau jugak~

Aku beberapa perbuatan kite yang ada malaikat akan berdoa.

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Read more...

Dating dengan malaikat

Sunday, March 28, 2010

Asbab dah selalu sangat wat entri yang pedas2..so hari ni aku akan cuba kurangkan sedikit lah kepedasan tu. Bukan apa, bila slalu sangat bagi entri pedas2 xde orang nk baca..lagi pun cili aku pun dh nak abis. Ahaks!!

Kali ni mau cerita pasal kursus pra-perkahwinan! Yeehaa!! Bab yang seronok nak citer! Yaa..aku suka cerita sebab mcm biasa, ingin melontar sedikit kata2 kerana sisa2 cili2 masih ada. hahaha

Seperti yang telah diramalkan, mereka2 yang sudah punya "couple" akan datang bersama2 menghadiri kursus..ke hulu-ke hilir bersama, makan bersama, apa saja bersama..kecuali duduk dlm dewan dengar ceramah. Ikutkan hati msti nak duduk sama jugak tuh!! Jangan nak tipu lah wahai peserta!

Pesanan ini buat untuk mereka2 yang bakal akan ke kursus pra-perkahwinan..

Read more...

Kalau aku kecewa

Thursday, March 25, 2010

Kecewa? Tak kisah la putus cinta ke, gagal exam ke, tak dapat keje best2..boleh kata kecewa tu hadir bila hati memberontak akibat kemahuan tidak dituruti. Apa nak heran kan? NORMAL lah tu!

Elakkan perasaan itu hadir terlalu lama dalam diri. Sebab time kita merungut, down and sume la negative behavior, time tu la badan kita lemah. Sebab terlalu layan sangat emosi, otak bekerja keras. Then bila otak terlalu byk sgt buat kerja, ia akan penat then secara fisiologikal nya, tubuh badan akan menjadi lemah.

Di sini, bermula lah bisikan syaitan laknatullah!! Si setan ni akan cuba menghasut diri2 mereka yang lemah ni..tu yang ada sampai meracau2 (konon2 histeria), minum racun rumpai and paling teruk bunuh diri. Nauzubillah!!

Maka, untuk hindarkan diri dari semua tu, kita hanya perlu balik semula kepada basic..iaitu..

Read more...

Ada apa pada "Couple"?

Saturday, March 20, 2010

Couple. Biasa dah orang dengar word tu. Anak-anak, ade sesiapa di sini yang tak pernah dengar word tu? Sila angkat tangan..boleh aku hempuk dengan pelepah nyor.

Kalo ikut purata muda mudi umur dlm lingkungan 13-23 tahun, 85% bercouple (Kelbros, 2010). Hebat bukan? Tahu kenapa mereka2 ini perlu bercouple? Bercouple bukan suka-suka tapi ada tujuannya..Sedar atau tak sedar, couple ni ade sedikit melibatkan teori fizik..macam besi berani (tak sure berani sgt ke besi tuh).

Lelaki & Perempuan..masing2 ade nafsu..masing2 tertarik..
"aku suka kat ko, jom kite bercouple..aku pun suka kat ko gak..jom!!"
So bila dah sebut ayat tu, bercouple lah mereka..dlm kata lain nye "declare". Macam mangkuk ayun je kan?

Orang kata.."kite orang bercouple ni bukan buat bende tak elok..berpesan2 kepada kebenaran lagi ada.."

Wahh..betul jugak kan..tapi kan..

Read more...

Kaki mengeluh siapa tau?

Thursday, March 11, 2010

Satu info yang aku fikirkan baik untuk dikongsi. Kredit untuk Baitulhikmah dalam entri beliau "Awas!!! pandang kaki kita"..Dalam kandungan entri tu, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S. M. Mohamed Idris berkata

"kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung
ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan".

"kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul. Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,''

Menurut beliau, berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit. Tambahnya, memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis.

Read more...

Pakai tudung. Ikut suka aku la!

Wednesday, March 10, 2010

Satu kisah yang sangat menarik!
(Perbicangan oleh A.Q. Alidost... Petikan dari :: my_ariff :: bertajuk
"Why she WON'T wear hijab?!"

“I’m so tired”
“Tired of what?”
“Of all these people judging me.”
“Who judged you?”
“Like that woman, every time I sit with her, she tells me to wear hijab.”
“Oh, hijab and music! The mother of all topics!”
“Yeah! I listen to music without hijab…haha!”
“Maybe she was just giving you advice.”
“I don’t need her advice. I know my religion. Can‘t she mind her own business?”
“Maybe you misunderstood. She was just being nice.”
“Keeping out of my business, that would be nice...”

“But it’s her duty to encourage you do to good.”
“Trust me. That was no encouragement. And what do you mean ‘good‘ ?”
“Well, wearing hijab, that would be a good thing to do.”
“Says who?”
“It’s in the Qur’an, isn’t it?”
“Yes. She did quote me something.”
“She said Surah Nur, and other places of the Qur’an.”
“Yes, but it’s not a big sin anyway. Helping people and praying is more important.”
“True. But big things start with small things.”
“That’s a good point, but what you wear is not important. What’s important is to have a good healthy heart.”
“What you wear is not important?”
“That’s what I said.”
“Then why do you spend an hour every morning fixing up?”
“What do you mean?”
“You spend money on cosmetics, not to mention all the time you spend on fixing your hair and low-carb dieting.”
“So?”
“So, your appearance IS important.”
“No. I said wearing hijab is not an important thing in religion.”
“If it’s not an important thing in religion, why is it mentioned in the Holy Qur’an?”
“You know I can’t follow all that’s in Qur’an.”
“You mean God tells you something to do, you disobey and then it’s OK?”
“Yes. God is forgiving.”
“God is forgiving to those who repent and do not repeat their mistakes.”
“Says who?”
“Says the same book that tells you to cover.”
“But I don’t like hijab, it limits my freedom.”
“But the lotions, lipsticks, mascara and other cosmetics set you free?! What‘s your definition of freedom anyway?”

Read more...

Featured Post

Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar s...

Back To The...

Back To The...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP