Ketika bersedih

Monday, November 23, 2009

Ketika kita bersedih..apa yang biasa kita buat?

Jawapan Top 5:

1. Menangis.
2. Tido.
3. Makan banyak-banyak.
4. Duduk dalam bilik sorang.
5. Kuar jalan-jalan.

Solat? Baca al-Quran? ranking yang ke berapa agaknya? Tepuk dada tanya iman. Kalau taknak tepuk dada, tepuk amai-amai ke..tepuk pengakap ke...ikut pandai koranglah. Contoh terbaik adalah dengan mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Pada waktu kesedihan, Rasulullah SAW akan memegang janggutnya dalam tangannya dan melihat padanya (Sirazi)

Temanku Nikah

Sunday, November 22, 2009

Di sini aku ingin ucapkan
"tahniah dan selamat pengantin baru"

pada Fairus Nida Abdullah dan pasangan. Semoga ikatan yang dibina akan kekal untuk selamanya. Maaf kerana takleh nak datang sebab macam jauh je..hehehe anyway kad aku rasanya telah pun sampai ke peti surat rumah si pengantin.

Mahal tau kad tu..RM3.20..hehehe yang penting niat.

Wahh..ramai sudah teman-teman yang telah mendirikan rumah tangga. En. Anam dan Puan Farhana dah ada Damia, En. KE dan Puan Kupa bakal menjelang tahun depan, En.Jack dan Cik Na InsyaAllah tahun depan nikah. Aku pun InsyaAllah tahun...lain-lain tahun lah..hahaha

Bercakap pasal nikah ni..serangan soalan bertubi-tubi adalah biasa bagi aku. Tidak terlepas juga pada parent aku..jiran-jiran, saudara mara, menteri-menteri kabinet, dan pihak-pihak berwajib. Soalan lazim upper 6

Read more...

Sunnah dalam ber-Salam

Apabila bertemu 1 atau lebih anak adam, hendaklah mereka memberikan salam antara satu sama lain dan orang yang mulia di antara mereka adalah yang terlebih dahulu memberi salam (Bukhari).

Salam hendaklah diberikan walaupun perpisahan itu hanya sebentar (umpama di sebalik tembok) (Baihaqi). Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa cara yang sempurna memberi salam adalah dengan berjabat tangan (Mishkaat).

Kedua-dua tangan hendaklah digunakan semasa bersalam dan melihat mata orang yang bersalam dengan kita.

*Menggoncangkan tangan ketika bersalam bukanlah sunnah Rasulullah SAW.

Bila..aku sudah tua

Thursday, November 12, 2009

Buat pertama kalinya, aku telah menjumpai UBAN di kepalaku. Ini menandakan aku sudahpun tua. Alhamdulillah..Rupanya dah lama jugak aku hidup kat atas muka bumi nih.
Tapi dah cukup ke amalan aku? Buatnya Allah ambil nyawa sekarang..jem..memang jem..

Bila dah ternampak uban, mestilah nawaitu itu kuat untuk mencabutnya..haha (Berusahalah!!). Pemerhatian diberikan sepenuhnya untuk mencari sehelai rambut putih di jutaan rambut hitam. walaupun tidak banyak, aku yakin bahawa ianya akan muncul kembali. Tapi..kenapa mahu cabut?

Bukan malu mengatakan diri ni sudah tua. Cuma teruja dengan kehadiran petanda baru itu(play safe..hehe).Cakap-cakap pasal tua ni, teringat sabda Nabi Muhammad SAW yang lebih kurang maksudnya:

"Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara"

Apa ya? Raihan kan ade nyanyi lagu nih..(tengah nyanyi) "Ingat lima perkara..sebelum lima perkara.."

Read more...

Featured Post

Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar s...

Back To The...

Back To The...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP