Hari Kiamat?

Monday, December 28, 2009

Sedar-sedar, aku tengah berdiri di atas fly-over lebuhraya persekutuan..menggigil badan aku bila kat depan mata seluruh bangunan sekitar Petaling Jaya ditenggelami air..

Suasana ketika itu sangat menakutkan..langit gelap sangat..hitam belegam. Jelas kedengaran suara-suara manusia yang menjerit

"langit nak runtuh!!"
"Allah dah turun bala!!"

HARI KIAMAT!!
HARI KIAMAT!!
HARI KIAMAT!!

Nampak semua orang bertempiaran lari ke tempat tinggi..
Kali ni bukan Tsunami..tapi Bapak kepada Tsunami..
Air ntah datang dari mana..sangat deras.
Bantai segala apa yang ade dekat bawah sana..
Ramai orang menjerit and menangis..
Dah macam orang gila.

Read more...

Satu dalam 12,000

Sunday, December 13, 2009

Wahh..dah lama jugak aku tak menjejakkan kaki ke Pasar Malam Paya Jaras.
Alah, niat awalnya nak ke Yeop Sate tapi tutup pulak. Al-Maklumlah masih dalam suasana aidiladha..balik kampung gamaknya.

Abah tanya kat aku “nak satey jugak ke?”..
Aku jawab “boleh je..amat tak kisah” (dalam hati nak). Lame tak makan tuh! Tambahan pulak makcik-makcik belah abah datang, so memang ok la tuh beli satey.

Akibat keluar pun lepas isyak maka abah la yang kena drive.
Aku dan malam memang tiada jodoh. Sampai je di pasar malam, abah suruh berpecah. Abah cakap “Hang dengan ijan beli 100 cucuk, abah and Ati beli 50 cucuk”..

Baik!!

Dengan itu, bermula lah ekspidisi Aku, Ijan, Abah and Ati menyerbu pasar malam yang sesak dengan manusia dengan 1 objektif..mencari satey!

Read more...

Pokok Bungaku~Daisies

At first..
I just wanted to help this lovely young woman.

I build a bridge..
Then you gave me a painting.
And..
I started sending daisies.

But the bridge I built..
Became a bridge between you and him.
Later..
I could see you so sad after he’d left.
That’s why ..i showed up.

And now..
I’ll give your heart back..

Ketika bersedih

Monday, November 23, 2009

Ketika kita bersedih..apa yang biasa kita buat?

Jawapan Top 5:

1. Menangis.
2. Tido.
3. Makan banyak-banyak.
4. Duduk dalam bilik sorang.
5. Kuar jalan-jalan.

Solat? Baca al-Quran? ranking yang ke berapa agaknya? Tepuk dada tanya iman. Kalau taknak tepuk dada, tepuk amai-amai ke..tepuk pengakap ke...ikut pandai koranglah. Contoh terbaik adalah dengan mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Pada waktu kesedihan, Rasulullah SAW akan memegang janggutnya dalam tangannya dan melihat padanya (Sirazi)

Temanku Nikah

Sunday, November 22, 2009

Di sini aku ingin ucapkan
"tahniah dan selamat pengantin baru"

pada Fairus Nida Abdullah dan pasangan. Semoga ikatan yang dibina akan kekal untuk selamanya. Maaf kerana takleh nak datang sebab macam jauh je..hehehe anyway kad aku rasanya telah pun sampai ke peti surat rumah si pengantin.

Mahal tau kad tu..RM3.20..hehehe yang penting niat.

Wahh..ramai sudah teman-teman yang telah mendirikan rumah tangga. En. Anam dan Puan Farhana dah ada Damia, En. KE dan Puan Kupa bakal menjelang tahun depan, En.Jack dan Cik Na InsyaAllah tahun depan nikah. Aku pun InsyaAllah tahun...lain-lain tahun lah..hahaha

Bercakap pasal nikah ni..serangan soalan bertubi-tubi adalah biasa bagi aku. Tidak terlepas juga pada parent aku..jiran-jiran, saudara mara, menteri-menteri kabinet, dan pihak-pihak berwajib. Soalan lazim upper 6

Read more...

Sunnah dalam ber-Salam

Apabila bertemu 1 atau lebih anak adam, hendaklah mereka memberikan salam antara satu sama lain dan orang yang mulia di antara mereka adalah yang terlebih dahulu memberi salam (Bukhari).

Salam hendaklah diberikan walaupun perpisahan itu hanya sebentar (umpama di sebalik tembok) (Baihaqi). Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa cara yang sempurna memberi salam adalah dengan berjabat tangan (Mishkaat).

Kedua-dua tangan hendaklah digunakan semasa bersalam dan melihat mata orang yang bersalam dengan kita.

*Menggoncangkan tangan ketika bersalam bukanlah sunnah Rasulullah SAW.

Bila..aku sudah tua

Thursday, November 12, 2009

Buat pertama kalinya, aku telah menjumpai UBAN di kepalaku. Ini menandakan aku sudahpun tua. Alhamdulillah..Rupanya dah lama jugak aku hidup kat atas muka bumi nih.
Tapi dah cukup ke amalan aku? Buatnya Allah ambil nyawa sekarang..jem..memang jem..

Bila dah ternampak uban, mestilah nawaitu itu kuat untuk mencabutnya..haha (Berusahalah!!). Pemerhatian diberikan sepenuhnya untuk mencari sehelai rambut putih di jutaan rambut hitam. walaupun tidak banyak, aku yakin bahawa ianya akan muncul kembali. Tapi..kenapa mahu cabut?

Bukan malu mengatakan diri ni sudah tua. Cuma teruja dengan kehadiran petanda baru itu(play safe..hehe).Cakap-cakap pasal tua ni, teringat sabda Nabi Muhammad SAW yang lebih kurang maksudnya:

"Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara"

Apa ya? Raihan kan ade nyanyi lagu nih..(tengah nyanyi) "Ingat lima perkara..sebelum lima perkara.."

Read more...

Bertaubat tu sekarang ke?

Thursday, October 8, 2009

Fuh..fuh..Tarik nafas dalam2..Hembus..Tarik nafas lagi..dan..Hembus..
Aku mula risau bila tengok atok tak baik2 lagi demam
Mungkin dah seminggu agaknya. Badan dia lemah
Nak bercakap pun tak larat. Kadang2 tak kenal orang.

And malam tadi mak dan abah hantar ke hospital
Doktor kata paru2 berair.
SubhanAllah..aku pun tak tahu sampai camtuh.
Hope atok akan cepat sembuh ya!!

Perhubungan atok dgn cucunya ni agak rapat.
Bagi keluarga kami, belah lelaki atau perempuan
Dua2 di panggil atok.

Atok laki dah meninggal, so tinggal atok pompuan. She the only atok yg kami rapat.
And harap dia akan sihat mcm biasa. Teringat plak satu lagu nih.
Ayat dia sedap di dengar..

Read more...

Gegaran Iman kah?

Wednesday, September 30, 2009

Bergegar lagi rasanya..Dalam pkul brape ye? tak sure lah..maybe dalam pkul 5-6 lebih
Blok dikejutkan dengan gemparan kecil..Rasenye bukan cni je..seluruh semenanjung kot..(pandai2 je). Walaupun slow, masih terasa..

Tengah sedap2 dok layan lagu baru download "Solla Alaikallah" dari ~Syamil~
Laptop goyang2..Abah datang jenguk di pintu bilik

"Ade rase gegar tak?"

"Ade2..tengah rase"

Goncangan tu terasa tapi tak sekuat Tsunami beberape tahun yang lalu. Teringat pulak kisah zaman muda2 dlu..ada kisah antara aku dan tsunami..cm ni cter nyer..malam b4 berlakunye kejadian tsunami, aku and kwn2 yang lain ada di pulau pinang..and u all know, pulau pinang merupakan salah satu tempat yan terjejas akibat tsunami.

Dats night, kami melepak2 kan diri btol2 di tepi pantai. mlm tu angin sgt kuat..sangat kuat..lepak sana tgk org main layang2..hebat kan? mlm2 pun diorang main layang2..tapi itulah kenyataan..yg bercouple2 tak usah nak kire lah..mmg ade kat merata2 tempat. Akibat angin kuat kami balik.Mlm tu tdo di Parit Buntar Perak.

Read more...

Pesanan rindu

Thursday, September 24, 2009

Sudah masuk kali yang ke-2..
Mimpkan arwah tokwan abah.
Bila disemak semula helaian-helaian tarikh di setiap partition otak,
Arwah tokwan abah dah pergi menghadap Illahi 4 bulan yang lepas.
Pernah juga terdengar ceramah Ustaz Azhar.

Ustaz kate, antara mimpi yang ada maksud dan boleh ditafsirkan salah satunya mimpi berjumpa orang yang sudah meninggal.
..hati makin tertanya-tanya..
“Arwah tokwan kenapa?”

Mak pun pernah kata,
“Orang tua-tua dulu kata tu maknenye arwah nk sampaikan sesuatu. Tak pun di saje nk melawat dgn orang yang dia sayang”.

~Ahh..rindunya pada arwah tokwan~

Memang rapat dengan Arwah Tokwan sejak skolah menengah di Perak.
Perkataan yang Arwah Tokwan slalu sebut..
“Kau dah balik mat?”..”Tokwan nak pergi pekan..” Hehehe..nada suara pun masih ingat lagi.

Read more...

Peluangku?

Wednesday, September 23, 2009

Langkah kakiku
Di tanah gersang
Kiri kanan
Kepala di palingkan
Terik matahari
Membakar ubun-ubunku
Adakah masih ada peluang untukku?

Ku dongak ke langit
Tiada khabar hujan
Hanya tiupan angin panas yang kering
Tapak kaki
Kian haus
Akibat sapaan sang matahari
Adakah masih ada peluang untukku?

Diriku mengeluh sendirian
Kenapa aku disini?
Apa yang aku carikan?
Adakah aku bermimpi?
Tidak!
Aku punyai misi
Namun
Adakah masih ada peluang untukku?

Read more...

Sekeping Gambar Lusuh

Monday, September 21, 2009

_Click!..Click!_

For the 1st time..
Dapat bergambar satu family d pagi raya
Semua ada..
Abah, Mak, Kakak, and adik2 sume.

Sbelum2 ni, tak pernah ckup korum.
Ade je yang menghilang..
G carik duit raye lah..
G keje lah..
Duduk jauh lah..
and mcm2 lagi..

Lega rasa hati.
Bila lagi nk rasa hepi mcm ni kan?
Hari2 biasa..
Masing2 ade tugas sendiri

dan bila..

Read more...

Ramadhanku

Bulan Ramadan yang baru je berlalu
Menjadi rebutan setiap insan muslim
Masing-masing mengharapkan ganjaran pahala yang banyak..
Bagi menampung dosa-dosa yang tidak dapat dihitung banyaknya.

Ade mcm ragam manusia.
Beribadat bagai nak rak bulan ramadhan then,
terhenti dengan berakhirnya Ramadan
Seolah-olah Ramadan sahaja bulan untuk beribadat sedangkan bulan-bulan lain tak perlu berbuat mcm tu

Lalu..

Meneruskan hidup seperti bulan2 lain sebagai seorang jahiliyyah..nauzubillah..
Susah sangat ke ajaran Islam tu?
Susah ke nk baca bismillah sbelum buat sesuatu?
Susah ke nk pakai tudung?
Susah ke nk stop merokok?
Susah ke nk bace Al-Quran?
Kalau tak pandai belajarlah.

Apa?

Read more...

1st Syawal ~Indahnya~

Sunday, September 20, 2009

"Bangun-bangun!!"

Suara mak dah berkumandang.
Tapi masih mengantok.
"Cepat bangun solat subuh pastu siap2 nk solat raya"
Yelah, bangun ni mak

Embun gugur tatkala tersentak dek gelombang vacum machine.
Kakak memang hebat
Melihat kesungguhan dari matanya
Menyedut habuk2 yang terselit di carpet2.
Kesunyian kian terasa apabila mendapat status "tidak pulang ke kampung".

Mak kata pagi ni mandi sunat aidilfitri
Ha'ah kan..teringat mase kecik2..
Atok slalu mandikan..
Masih ingat atok niatkan mase mandi tuh..

~hehehe..rindu atok~

Read more...

Every Cloud Has A Silver Lining

Saturday, January 3, 2009

Sahabat,
Perjalanan hidup kita
Seperti telah ditentukan
Mengenal dan memahami
Erti sebuah persahabatan

Sahabat,
Dan apabila masanya telah tiba
Bahawa dia bukan takdirmu
Terimalah dengan penuh redha
Kerana perancangan Allah Maha Luas

Sahabat,
Usah kau putus semangat
Terus bangun dengan kakimu
Bangun dari kehampaan
Untuk mencari sinar bahagia

Read more...

Featured Post

Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar s...

Back To The...

Back To The...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP