Bacaan Surah Sesudah membaca Al Fatihah pada setiap rakaat, lalu membaca ayat-ayat atau surah daripada Al Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat.
1. Sebaik-baik surah yang dibaca selepas al-Fatihah pada solat Tarawih ialah satu juzuk daripada al-Quran pada setiap malam seperti kelaziman seseorang yang hafaz al-Quran (al-Hafiz).
2. Setelah membaca surah Al-Fatihah, bacalah sebarang surah lazim yan diketahui. Pada raka’at kedua ada baiknya membaca surah al-Ikhlas 3 kali.
3. Kebanyakan orang biasanya hanya membaca surah-surah lazim. Berikut adalah cara tersusun membaca surah lazim Solat Sunat Tarawih lapan rakaat; Jadual Surah Solat Tarawih Lapan Rakaat
Cara Melakukan Solat Sunat Tarawih Lapan Rakaat
Cara melakukan solat Tarawih sama seperti solat sunat yang lain. Solat Tarawih dilaksanakan setiap dua rakaat satu salam, ini berlandaskan kepada hadis: “Solat malam (solat Tarawih) adalah dua rakaat, dua rakaat.” (Riwayat Jamaah)
1. Niat:
Setelah selesai melakukan solat fardu dan solat sunat Ba’diah Isyak, maka Bilal memulakan Solat Tarawih dengan menyeru:
3. Bilal dan jamaah sama-sama membaca:
4. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-2, 6, 10, 14 dan 18; Bilal dan jamaah bersama-sama mengucapkan zikir berikut:
5. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-4, 8, 12 dan 16; Bilal dan jama’ah membaca Tasbih dan Selawat:
Solat Sunat Witir
A. Setelah selesai Solat Tarawih, sebelum meneruskan solat sunat Witir. Bilal akan menyeru:
Lakukanlah solat Witir, mudah-mudahan Allah memberi pahala kepada kamu!
Disambut jama’ah dengan lafaz;
Bersolatlah. Tiada Tuhan melainkanAllah.
Cara Melaksanakannya
1. Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:
2. Bacaan selepas Fatihah:
- Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
- Raka’at kedua: Surah Al-Kafiruun
3. Sesudah salam, Bilal membacakan selawat;
4. Jemaah terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:
5. Selepas bacaan al-Fatihah, pada raka’at terakhir, dibaca pula surah;
- Al-Ikhlas,
- Al-Falaq dan
- An-Naas.
6. Bermula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca Doa Qunut sebelum melakukan sujud pertama.
7. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:
8. Boleh dibaca doa-doa berikut:
Sumber: Shafiqolbu